Tuesday, June 24, 2008

al-Majmu' Syarah al-Muhazzab

المجموع شرح المهذب

Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab

Pengarang :

Al-Imam Muhyiddin Abi Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi ( wafat 676 H )

Tahqiq & Ta’liq :

Asy-Syeikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud, Dr Majdi Surur Baslum, Dr Ahmad ‘Isa Hasan al-Mi’sorowi, Dr Ahmad Muhammad ‘Abdul ‘Aal, Dr Husin ‘Abdurrahman Ahmad, Dr Badwi ‘Ali Muhammad Sayyid, Dr Muhammad Ahmad ‘Abdullah, Dr Ibrahim Muhammad ‘Abdul Baqi

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1428 H – 2007 M )

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Beirut , Lubnan

Jilid :

27 Jilid

( jilid 1 – 10 adalah kitab syarah al-Muhazzab oleh Imam an-Nawawi sendiri, manakala bakinya; jilid 11 – 27 adalah Takmilah, sambungan syarah yang disempurnakan oleh ulamak-ulamak lain seperti al-Imam Taqiyuddin Abi al-Hasan ‘Ali bin ‘Abdul Kafi as-Subki – wafat 786 H – untuk jilid 11 & 12 , al-Qadhi Dhiya’ ad-Din Abi ‘Amru al-Marani – wafat 602 H – untuk jilid 15, 22 & 23. Manakala jilid berbaki disyarahkan oleh himpunan pentahqiq kitab ini. Namun Takmilah ini secara umumnya bersandarkan kepada Takmilah yang disediakan oleh asy-Syeikh Muhammad Najib al-Muthi’ie RahimahuLLAH )

Penerangan Kitab :

Kitab ini sebenarnya boleh dikatakan satu usaha dan khidmat yang besar dalam penulisan dan penyusunan semula Fiqh Islam. Secara umumnya kitab ini adalah syarah kepada kitab Muhazzab yang merupakan kitab Fiqh dalam mazhab asy-Syafi’e. Namun usaha yang dicurahkan 8 pentahqiq kitab ini adalah luar biasa dan cukup menguntungkan para pembaca. Pembaca kitab ini akan dapat memahami dan menghayati perbahasan feqh oleh ulamak silam dalam versi moden, dengan contoh-contoh dan rujukan terkini beserta himpunan pendapat-pendapat, keputusan-keputusan dan fatwa-fatwa terkini ulamak.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini berwarna, cetakan yang jelas dan cantik. Lebih sistematik dan teratur serta memudahkan membuat rujukan. Banyak maklumat-maklumat baru dan pendekatan penulisan fiqh moden dan silam. Dalam jilid pertama kitab, para pentahqiq telah menyediakan maklumat asas fiqh dan usul feqh, serta pengenalan tentang ulamak-ulamak Islam dalam bidang feqh.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; anda perlu hadam dan meneliti sepenuhnya muqaddimah kitab ini yang menerangkan khusus tentang al-Majmu’. Penerangan ini terdapat mulai halaman 192 – 235, jilid 1.

Harga :

JD 129.250 sahaja !

No comments: