Monday, April 28, 2008

Panduan Membeli Kitab

Maktabah Dimasyq akan menjalankan promosi kitab dengan pelbagai cara. Antaranya dengan iklan di dalam program-program Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah ( PERMATA ) atau dengan memasukkan iklan ke majalah as-Soff milik PERMATA atau dengan edaran iklan ke rumah-rumah mahasiswa Malaysia. Selain itu, untuk memudahkan pembeli; segala maklumat berkaitan kitab seperti gambar, sinopsis dan maklumat-maklumat penting yang lain akan dipaparkan dalam blog ini. Maktabah Dimasyq juga bukan sahaja menjual kitab yang disenaraikan, bahkan kami akan menguruskan tempahan kitab anda yang tiada dalam senarai kitab di Maktabah Dimasyq. Namun tempahan perlulah dimaklumkan dengan lengkap dan jelas serta seawal mungkin. Tempahan boleh dimaklumkan ke blog ini , atau melalui SMS ke nombor-nombor yang dipaparkan di bawah. Para pembeli ( siswa sahaja ) boleh juga mengunjungi Maktabah Dimasyq di Bayt Dimasyq mengikut jadual yang dinyatakan di bawah :- Ahad - Khamis : 7 malam - 11 malam Jumaat - Sabtu & Cuti : 9 pagi - 11 pagi , 7 malam - 11 malam Manakala siswi yang ingin mengunjungi Bayt Dimasyq , kalian hanya boleh mengunjunginya pada waktu berikut sahaja :- Jumaat - Sabtu & Cuti : 2 petang ke 7 malam Bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Maktabah Dimasyq KHUSUSNYA SISWI, anda perlulah menghubungi dan memaklumkan ahli Bayt melalui panggilan atau SMS di talian berikut :- * 03 - 2360 796 ( Telefon Bayt Dimasyq ) * 0779 590 342 ( Akhi Said ) * 0779 072 696 ( Akhi Hazmi ) * 0779 824 321 ( Akhi Arif ) * 0779 824 336 ( Akhi Afiq ) Untuk ke Bayt Dimasyq, anda boleh menggunakan kemudahan van di hadapan Kedai Hamzah. Untuk penghantaran sahaja, tambang yang ditetapkan pemandu biasanya JD 1, dan jika anda bernasib baik, anda mungkin dicaj JD 0.75 sahaja. Anda hanya perlu menyebut , Muqobil Madaris al-Himmah Nahwu al-Qimmah. Bayt Dimasyq terletak betul-betul berhadapan dengan sekolah rendah swasta berkenaan. Jika anda memerlukan kepada penghantaran kitab, sedikit kos penghantaran akan dikenakan. Kos penghantaran tidak dikira berdasarkan jumlah kitab, namun berdasarkan kepada kos pengangkutan yang digunakan untuk menghantar kitab tersebut ke rumah anda. Maktabah Dimasyq terpaksa berbuat demikian kerana pihak bayt Dimasyq telah menanggung sendiri kos pengambilan kitab dari 'Amman ke Mu'tah. Selain kitab, dari masa ke masa, Bayt Dimasyq akan turut menjual produk-produk lain. Maka jangan lepaskan peluang, kunjungilah Maktabah Dimasyq secepat mungkin.

Ahlan Wa Sahlan ke Maktabah Dimasyq

Assalamu'alaikum wa RahmatuLLAH Selamat mengunjungi Maktabah Dimasyq. Untuk makluman anda, Maktabah ini tidak terletak di Dimasyq, Syria namun terletak di sebuah rumah sewa mahasiswa Malaysia di Hayyu Syuweih, Mu'tah, Karak, Jordan. Rumah ini dinamakan sebagai Bayt Dimasyq atas faktor jauhnya kediaman ini berbanding rumah-rumah sewa mahasiswa Malaysia yang lain. Maktabah ini juga tidak bermakna perpustakaan namun merupakan cawangan kepada Kedai Kitab ' Dar Ibnul Jauzi ' yang terletak di 'Amman. Maktabah ini diwujudkan atas inisiatif Usrah Bayt Dimasyq demi menyediakan kemudahan kepada mahasiswa Malaysia di Mu'tah membeli kitab dan menawarkan harga yang berpatutan. Selain itu, kewujudan Maktabah ini diharapkan dapat menyerikan lagi Bayt Dimasyq dengan suasana ilmiyyah.