Wednesday, June 25, 2008

Tafsir at-Tobari

تفسير الطبري – جامع البيان عن تأويل آي القرآن

تقريب و تهذيب لإمام المفسرين والمؤرخين

أبي جعفر محمد بن جرير الطبري ( 224 – 310 هـ )

Tafsir at-Tobari : Taqrib wa Tahzib

Pengarang :

Dr Solah ‘Abdul Fattah al-Kholidi

Takhrij Hadith :

Ibrahim Muhammad Aal ‘Ali

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1418 H – 1997 M )

Dar al-Qalam – Dimasyq, ad-Dar asy-Syamiyyah - Beirut

Jilid :

7 Jilid

( Indeks disediakan di setiap penghujung jilid )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah khidmat Dr Solah terhadap kitab tafsir terulung dan terawal , Tafsir at-Tobari. Khidmat beliau yang bukan kecil ini memberi manfaat kepada para penuntut untuk memanfaatkan tafsir Imam at-Tobari semaksimum mungkin tanpa perlu risau tentang sumber-sumber athar dan hadith yang disusun oleh Imam at-Tobari. Antara usaha beliau, meringkaskan tafsir ini dan mengeluarkan yang penting dan utama dalam riwayatnya. Tidak semua tafsir yang Ma’thur dimasukkan dan sanad tidak disertakan selengkapnya seperti yang diamalkan oleh Imam at-Tobari. Begitu juga hanya hadith-hadith yang sohih dikekalkan dan beliau mengelakkan dari memasukkan riwayat Israiliyyat . Selain itu, beliau berusaha menjadikan pembacaan tafsir ini mudah difahami dengan menjelaskan ayat dan kalimah yang digunakan Imam Tobari.

Ciri-ciri Khas :

Kitab tafsir ini adalah tafsir silam, dengan uslub dan susunan tajuk asal sejak ratusan tahun dahulu namun dibentangkan dan dipersembahkan dalam bentuk yang terkini.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; jangan lepaskan peluang sekiranya anda menuntut di Jordan untuk bertemu dengan pengarang kitab ini di Sweileh, ‘Amman. Beliau cukup iltizam dengan mendidik umat Islam malah komited dalam penulisan tafsir yang bersifat semasa dan haraki.

Harga :

JD 29.500 sahaja !

at-Tafsir al-Wasit

التفسير الوسيط

At-Tafsir al-Wasith

Pengarang :

Al-Ustaz ad-Doktor Wahbah az-Zuhaili

Cetakan & Edaran :

Cetakan Ketiga ( tahun 1427 H – 2006 M )

Dar al-Fikir al-Mu’asir - Lubnan & Darul Fikir - Syria

Jilid :

4 Jilid

( indeks diletakkan berasingan dalam jilid ke-4 )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah tafsir khusus yang merupakan himpunan dari kelas tafsir penulis di radio Syria sekitar tahun 1992 – 1998 M. Dalam kitab ini, terdapat beberapa kelebihan berbanding kitab tafsir lain susunan penulis seperti terdapat tafsir beberapa ayat yang tidak dinyatakan dalam kitabnya yang lain. Selain itu turut dimasukkan penerangan beberapa perkataan yang sukar, bersama penerangan pertembungan tafsir disebabkan Asbab an-Nuzul. Selain itu, setiap ayat atau himpunan beberapa ayat akan diletakkan tajuk dan muqaddimah.

Ciri-ciri Khas :

Kertas putih dan berwarna.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; penulis kitab ini telah membahagikan kitab tafsir tafsir karangannya kepada 3 peringkat; at-tafsir al-Munir : untuk mereka yang berkepakaran dalam tafsir dan menguasai ilmu ini. Kedua, Tafsir al-wajiz : untuk bacaan umum. Dan tafsir ini : Untuk golongan pertengahan dalam pengajian ilmu berkaitan Islam dan tidak semestinya berkepakaran dalam tafsir namun ada asas yang lengkap dalam ilmu Syari’ah.

Harga :

JD 17.000 sahaja !

al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami

الوجيز في الفقه الإسلامي

Al-Wajiz fi al-Fiqh al-Islami

Pengarang :

Al-Ustaz ad-Doktor Wahbah az-Zuhaili

Cetakan & Edaran :

Cetakan Kedua ( tahun 1427 H – 2006 M )

Dar al-Fikr , Dimasyq

Jilid :

3 Jilid ( Indeks Hadith dan tajuk hanya terdapat dalam jilid ke-3 )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah UMPAMA ringkasan kepada kitab pengarang sebanyak sebelas jilid iaitu Feqh al-Islami wa Adillatuh. Kitab ini adalah merupakan kaedah penulisan Feqh Islam berdasarkan konsep Fiqh an-Nas yang berteraskan kepada hukum berdasarkan dalil al-Qur’an dan as-Sunnah. Kemudian setiap tajuk dan perbincangan Feqh akan dikaitkan dengan Maqasid dan kaedah-kaedah Feqh yang muktabar sesuai dengan konsep yang ingin beliau terapkan iaitu Feqh al-Mabadi’ wal Maqasid.

Ciri-ciri Khas :

Hadith-hadith dalam kitab ini bertahqiq dan bertakhrij, di samping kertas yang berkualiti tinggi dan cetakan yang jelas.

Perhatian :

Kitab ini bukanlah ringkasan sepenuhnya kepada Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Setiap dari kitab berkenaan mempunyai ciri-ciri dan kelebihan tersendiri. Namun kitab ini sesuai dijadikan sandaran dan rujukan umum dalam masalah-masalah Feqh tanpa terikat dengan perbincangan furu’ yang menjela-jela.

Harga :

JD 15.750 sahaja !

al-Muwafaqat fi Usul asy-Syari'ah

الموافقات

في أصول الشريعة

Al-Muwafaqat fi Usul asy-Syari’ah

Pengarang :

Abi Ishaq asy-Syatibi ; Ibrahim bin Musa al-Lakhmiy al-Ghirnati al-Maliki ( wafat 790 H )

Tahqiq, Takhrij & Syarah :

Asy-Syeikh ‘Abdullah Waraz , Ulamak Dimyat

Cetakan & Edaran :

( tahun 1427 H – 2006 M )

Dar al-Hadith , Kaherah

Jilid :

2 Jilid

( yang merangkumi 4 Juzu’ , terdapat indeks tajuk di penghujung setiap juzu’ )

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah kitab Usul Feqh yang cukup terkenal di kalangan sarjana Islam. Kitab ini juga tidak bersifat mengulas usul fiqh di sisi mazhab tertentu, Mazhab Hanafi atau Syafi’e , sebaliknya berusaha untuk menghimpunkan kaedah usul dan maqasid Syari’ah secara keseluruhannya.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini disertakan dengan syarah yang terperinci oleh as-Syeikh ‘AbduLLAH Daraz. Selain itu kitab ini berwarna, penulisan yang jelas dan kemas.

Perhatian :

Kitab ini telah disertakan dengan syarah yang terperinci namun anda sekurang-kurangnya perlu mempunyai asas dalam ilmu usul feqh kerana kupasan-kupasan ilmu ini bukan boleh difahami secara bacaan sahaja. Bacalah muqaddimah kitab ini untuk memahami matlamat penulisan dan kebijaksanaan beliau menyusun dan membentangkan maksud kitabnya.

Harga :

JD 7.750 sahaja !

Tuesday, June 24, 2008

al-Majmu' Syarah al-Muhazzab

المجموع شرح المهذب

Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab

Pengarang :

Al-Imam Muhyiddin Abi Zakariya Yahya bin Syaraf an-Nawawi ( wafat 676 H )

Tahqiq & Ta’liq :

Asy-Syeikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud, Dr Majdi Surur Baslum, Dr Ahmad ‘Isa Hasan al-Mi’sorowi, Dr Ahmad Muhammad ‘Abdul ‘Aal, Dr Husin ‘Abdurrahman Ahmad, Dr Badwi ‘Ali Muhammad Sayyid, Dr Muhammad Ahmad ‘Abdullah, Dr Ibrahim Muhammad ‘Abdul Baqi

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1428 H – 2007 M )

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Beirut , Lubnan

Jilid :

27 Jilid

( jilid 1 – 10 adalah kitab syarah al-Muhazzab oleh Imam an-Nawawi sendiri, manakala bakinya; jilid 11 – 27 adalah Takmilah, sambungan syarah yang disempurnakan oleh ulamak-ulamak lain seperti al-Imam Taqiyuddin Abi al-Hasan ‘Ali bin ‘Abdul Kafi as-Subki – wafat 786 H – untuk jilid 11 & 12 , al-Qadhi Dhiya’ ad-Din Abi ‘Amru al-Marani – wafat 602 H – untuk jilid 15, 22 & 23. Manakala jilid berbaki disyarahkan oleh himpunan pentahqiq kitab ini. Namun Takmilah ini secara umumnya bersandarkan kepada Takmilah yang disediakan oleh asy-Syeikh Muhammad Najib al-Muthi’ie RahimahuLLAH )

Penerangan Kitab :

Kitab ini sebenarnya boleh dikatakan satu usaha dan khidmat yang besar dalam penulisan dan penyusunan semula Fiqh Islam. Secara umumnya kitab ini adalah syarah kepada kitab Muhazzab yang merupakan kitab Fiqh dalam mazhab asy-Syafi’e. Namun usaha yang dicurahkan 8 pentahqiq kitab ini adalah luar biasa dan cukup menguntungkan para pembaca. Pembaca kitab ini akan dapat memahami dan menghayati perbahasan feqh oleh ulamak silam dalam versi moden, dengan contoh-contoh dan rujukan terkini beserta himpunan pendapat-pendapat, keputusan-keputusan dan fatwa-fatwa terkini ulamak.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini berwarna, cetakan yang jelas dan cantik. Lebih sistematik dan teratur serta memudahkan membuat rujukan. Banyak maklumat-maklumat baru dan pendekatan penulisan fiqh moden dan silam. Dalam jilid pertama kitab, para pentahqiq telah menyediakan maklumat asas fiqh dan usul feqh, serta pengenalan tentang ulamak-ulamak Islam dalam bidang feqh.

Perhatian :

Kepada para pembaca kitab ini ; anda perlu hadam dan meneliti sepenuhnya muqaddimah kitab ini yang menerangkan khusus tentang al-Majmu’. Penerangan ini terdapat mulai halaman 192 – 235, jilid 1.

Harga :

JD 129.250 sahaja !

Friday, June 6, 2008

Reformasi Baru Hadiah & Hantaran Majlis Pertunangan

Kitab ini bertajuk Mawaddah wa Rahmah ..isi kitab ini cukup menarik dan sesuai dijadikan panduan dan tazkirah berguna pasangan suami isteri. Sesuai juga dijadikan hadiah dalam majlis-majlis keramaian. Hadiah yang cukup istimewa buat pasangan pengantin, atau sesuai dijadikan hadiah hantaran perkahwinan. Kitab ini dicetak dengan kulit baldu, serta bekas baldu khas. Kulit dalam yang licin dan berkualiti tinggi, di samping tulisan berwarna. Kitab ini mendapat sambungan hangat di Syria dan dijadikan hadiah dalam majlis-majlis keraian para guru dan juga majlis anugerah pelajar. Kitab ini didatangkan khas dari Syria untuk dijual di Jordan oleh Maktabah Dimasyq. Tempah segera sementara stok masih ada. Harga jualan adalah : JD 9 sahaja !!!

Passport Nabi SAW

Buku bersaiz passport ini bukanlah rekaan yang pelik atau salah ; atau satu usaha meremehkan darjat dan kemuliaan Baginda - berselawatlah ke atasnya -. Namun merupakan satu usaha dakwah yang kreatif untuk memupuk Ummah kembali mengenali sirah Baginda dengan baik. Lantaran cercaan dan hinaan ke atas Nabi mutakhir ini menunjukkan betapa tahap sensitiviti di kalangan umat Islam semakin merosot khususnya dalam mepertahankan Baginda Junjungan Mulia. Antara penyebabnya adalah kegagalan menghayati dan menelaah sirah baginda. Kitab-kitab sirah yang panjang dan tebal menjadi alasan untuk tidak mengkaji sejarah hidup Baginda. Justeru, kitab kecil ini disediakan dalam bentuk passport , kertas berkualiti seperti passport, bergambar dan berwarna, maklumat lengkap keluarga Baginda dan pelbagai lagi. Terdapat juga passport ini dalam versi Bahasa Inggeris. HARGA JUALAN : JD 2 ( seunit ) - versi bahasa Arab

Produk Menarik Dari Syria

Sarung Bantal ( kecil ) , tenunan tangan : JD 7 sepasang ( 2 unit )
Sejadah Kanak-kanak : JD 1.25 ( 1 unit ) Sarung Kotak Tisu : JD 2 ( 1 unit ) Beg Duit Wanita ( Kulit ) : JD 8 ( 1 unit ) Beg Duit Lelaki ( Kulit ) : JD 5 ( 1 unit )
Tudung Mini ( Buatan Itali ) : JD 5 ( 1 unit ) Stokin Syam ( Wanita ) : JD 1 ( 1 unit )
Uabt Gigi Siwak ( Saudi ) : JD 1.500 ( 1 unit ) Kotak Cenderahati Baldu : JD 5 ( 1 unit ) Sabun Pelbagai Herba : JD 10 ( 1 unit )
Sarung Bantal ( besar ) , tenunan tangan : JD 10 sepasang ( 2 unit )
Sarung Bantal ( kecil ) , tenunan tangan : JD 5 sepasang ( 2 unit )
Kepada anda yang sukar ke Syria, khususnya siswi , Maktabah Dimasyq turut menjual produk-produk Syria yang menjadi pilihan ramai masyarakat Malaysia. Produk tekstil Syria secara umumnya berdasarkan kepada tenunan dan jahitan tangan masyarakat tempatan serta berkualiti tinggi. Barangan ini sangat terhad. Cepat beli sementara stok masih ada !!! HARGA BOLEH DIRUNDING

Madu Yaman

PASARAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN DIGEGARKAN SEMULA DENGAN JUALAN MADU YAMAN. MADU INI CUKUP POPULAR DAN MENJADI TUMPUAN PARA PELANCONG MALAYSIA DAN WARGA ASING YANG LAIN SEBAIK MEREKA TIBA DI SANA’A YAMAN.

MADU INI TERKENAL DENGAN KEPEKATAN , KELIKATAN , KEMANISAN DAN FAEDAHNYA SERTA KHASIATNYA YANG DIJAMIN ISLAM BAHKAN PERUBATAN TRADISONAL DAN MODEN.

MADU INI DISEDIAKAN DALAM BEKAS KHAS. SEUNIT BERSAMAAN 0.5 KG. HANYA JD 20 SAHAJA !

UNTUK MENDAPATKAN KETERANGAN LANJUT TENTANG KHASIATNYA SEKALIGUS TESTIMONI PEMBELINYA , SILA LAYARI LAMAN SALAH SEORANG PEMBELI MADU YAMAN INI :

http://wewr.wordpress.com/2008/03/22/madu-yamanyumyum/

UNTUK MELIHAT GAMBARAN SAIZ DAN BENTUK MADU INI , SILA LAYARI RUANG GAMBAR DI :

http://tintadakwah.multiply.com

SILA HUBUNGI KAMI UNTUK TEMPAHAN DAN BELIAN :

+ 962 779 590 342

Ketandusan Kitab - Pelanggan Diharap Tidak Merusuh

Maktabah Dimasyq dan pihak Dar Ibnul Jauzi memohon kemaafan kepada para pelanggan setia kami yang ingin membeli kitab-kitab penting seperti Fiqh al-Islami, Tafsir Munir , Fathu Bari dan pelbagai kitab-kitab cetakan dari Lubnan atas kelewatan ketibaan kitab-kitab tersebut Dari Lubnan. Untuk makluman, kontena kitab-kitab berkenaan telah pun melepasi sempadan Lubnan - Syria setelah tersadai beberapa minggu. Kini dalam proses melepasi sempadan Jordan. Kawalan ketat di setiap sempadan ini berpunca dari perang saudara yang mula meletus di Lubnan. Semoga ALLAH mengurniakan nikmat keamanan semula di Lubnan dan sekaligus melancarkan proses penghantaran kitab ke Jordan.

Sunday, May 18, 2008

Khas untukmu Para Da'ie

المستفاد

من قصص القرآن للدعوة و الدعاة

Al-Mustafad

min Qasas al-Qur’an lid Da’wati wad Du’ah

Pengarang :

Dr ‘Abdul Karim Zaidan

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1421 H – 2000 M )

Muassasah ar-Risalah , Lubnan

Jilid :

2 Jilid

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah karangan Dr ‘Abdul karim Zaidan yang cukup popular di alam penuntut ilmu Syari’ah dengan kitab Usul Da’wah dan al-Wajiz fi Usul al-Fiqh beliau. Penulisan beliau ini khusus dalam aspek tafsir namun dengan gaya beliau yang tersendiri. Beliau menekankan dalam tafsirnya Uslub Da’wah dan faedah khusus yang boleh dijadikan pedoman oleh para Da’ie. Cukup sesuai untuk dijadikan bahan mengajar para remaja dan pemuda serta guru-guru dan pendakwah khususnya.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini umpama ringkasan terpilih pelbagai kitab Tafsir dan telah diteliti kisah-kisah yang termuat di dalam kitab ini demi memastikan ia jauh dari pelbagai kisah yang palsu.

Perhatian :

Kitab ini bukanlah kitab tafsir setiap ayat di dalam al-Qur’an. Dr ‘Abdul Karim Zaidan hanya menyentuh dan mengupas beberapa kisah di dalam al-Qur’an untuk mencapai matlamat kitabnya.

Harga :

JD 8.250 sahaja !

Friday, May 16, 2008

Sejenak Bersama Dar Ibnul Jauzi

Inilah himpunan beberapa kitab di Dar Ibnul jauzi
Lagi himpunan kitab di kedai Dar Ibnul Jauzi
Lorong kitab
Ustaz Muhammad Mohsin, mantan Presiden PERMATA yang bermurah hati memandu kereta untuk membawa kitab-kitab ke Mu'tah. JazakALLAH
Syeikh Mustafa , berasal dari Ma'an
Syeikh Mustafa sedang melayan kerenah pelanggannya
Syeikh Mustafa sedang mencari kitab
Inilah pemandangan hadapan Dar Ibnul Jauzi
Mungkin ramai di kalangan pembeli tidak mengetahui di manakah Dar Ibnul Jauzi. Ia terletak di 'Abdali, 'Amman di deretan kedai-kedai kitab. Kedai ini terletak bersebelahan dengan Maktabah al-Athariyyah. Ibnul Jauzi merupakan Dar Ibnul Jauzi ( bermaksud kedai cetak kitab-kitab berlesen ) dan juga Maktabah Ibnul Jauzi ( kedai buku berlesen ). Walaupun kedainya nampak tidak hebat, namun pemiliknya ; Syeikh Mustafa dan Syeikh Nidhol cukup ramah dan pandai melayan pelanggan. malah kami bersyukur kerana mereka meletakkan kepercayaan kepada kami untuk menjayakan Maktabah Dimasyq ini .

al-Muhazzab

المهذب في فقه الإمام الشافعي رضي الله عنه

Al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam asy-Syafi’ie

– RadiyALLAhu ‘anhu -

Pengarang :

Asy- Syeikh al-Imam Abi Ishaq Ibrahim bin ‘Ali bin Yusof al-Fairuz Aabadi asy-Syirazi

Tahqiq & Ta’liq :

Asy-Syeikh ‘Adil Ahmad ‘Abdul Maujud & asy-Syeikh ‘Ali Muhammad ‘Awadh

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1424 H – 2003 M )

Dar al-Ma’rifah, Lubnan

Jilid :

3 Jilid

Penerangan Kitab :

Kitab ini merupakan kitab asas dan utama dalam Fiqh Mazhab asy-Syafi’e . Ramai ulamak Islam yang telah meletakkan syarah bagi kitab ini. Antara kitab syarahnya adalah kitab al-Majmu’. Kitab ini telah dita’liq dan ditahqiq hadithnya, dengan ini memudahkan para penuntut ilmu membuat rujukan. Wajar dimiliki para pelajar Syari’ah untuk dijadikan panduan semasa pulang mengajar di Malaysia kelak.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini berbaris dan sepenuhnya. Ini memudahkan pembaca bukan Arab membaca dan memahami matan kitab ini. Di samping itu cetakan ini adalah cetakan yang disemak dan diteliti oleh pakar-pakar. Justeru , pelbagai ta’liq dan komentar dinyatakan di nota kaki kitab ini. Cetakan ini juga cetakan berwarna.

Perhatian :

Kitab ini bukanlah satu kitab yang mudah. Bahasanya agak tinggi dan padat. Justeru , kebanyakan pembeli selesa membeli al-Majmu’. Namun , cetakan ini in sya Allah tidak merugikan pembaca kerana lengkap berbaris dan beserta tahqiq dan ta’liq yang sewajarnya.

Harga :

JD 15.750 sahaja !

Thursday, May 15, 2008

al-Hidayah Syarah Bidayatul Mubtadi

الهداية شرح بداية المبتدي

Al-Hidayah Syarah Bidayatul Mubtadi

Pengarang :

Syeikh al-Islam Burhanuddin Abi al-hasan ; ‘Ali bin Abi Bakar bin ‘Abdul Jalil ar-Rasydani al-Marghinani ( wafat 593 H )

Cetakan & Edaran :

Cetakan Pertama ( tahun 1410 H – 1990 M )

Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Lubnan

Jilid :

2 Jilid

Penerangan Kitab :

Kitab ini adalah syarah bagi kitab Bidayatul Mubtadi yang popular di Universiti-universiti Jordan khusus apabila membicarakan Fiqh Mazhab Hanafi. Pengarang kitab ini dalam syarahnya turut membentangkan pendapat mazhab Syafie dan sesekali pendapat mazhab Maliki dan membandingkan serta menjawab berdasarkan pandangan mazhab Hanafi.

Ciri-ciri Khas :

Kitab ini diguna pakai khusus dalam subjek Fiqh Ibadat di Universiti Mu’tah.

Perhatian :

Muqaddimah kitab ini dilengkapkan dengan maklumat penggunaan kitab ini disamping disertakan istilah-istilah khas yang banyak ditulis dalam kitab.

Harga :

JD 7.500 sahaja !